Categories: Resipi

Jom Masak Sendiri Ayam Rose, Menu Kenduri ‘Legend’ Yang Menggamit Memori!

Orang dulu-dulu kalau buat majlis kenduri, memang tak sah kalau tak ada aktiviti ‘rewang’ masak ramai-ramai. Antara menu yang paling dinantikan dan wajib dimasak adalah ayam rose.

Bau aromanya sahaja sudah cukup untuk buat perut berkeroncong, apatah lagi bila nampak kuahnya yang merah pekat dan berkilat itu, memang boleh kecur liur dibuatnya.

Sekali-sekala kalau dapat buat sendiri di rumah untuk hidangan keluarga pada hujung minggu, memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tak tunggu kenduri kalau teringin nak makan.

Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini

RESEPI AYAM ROSE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
  • 1 genggam cabai kering (direbus dan ditoskan)
  • 2 batang serai
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 tin sup tomato
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan cabai kering, serai, halia, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak dan kacau sehingga cili benar-benar garing dan pecah minyak.
  4. Setelah cili masak sempurna, tuangkan satu tin sup tomato ke dalam kuali. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika supaya kuah menjadi lebih mesra.
  5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Seimbangkan rasa manis dan masamnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Gaul rata sehingga kuah menyaluti seluruh bahagian ayam.
  7. Matikan api dan Ayam Masak Rose Mak Farah siap untuk dihidangkan bersama nasi tomato serta acar nanas timun.

Sumber: Farhana Radzi

Baca juga: Ayam Salted Egg Buttermilk, Resipi Senang Dengan Kuah Pekat Berkrim, Confirm Laju Habis!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

9 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

9 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

10 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

11 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

11 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

12 hours ago