Dah biasa makan puding roti kan? Kali ini jom kita cuba resepi puding roti keju ini pula.
Dikatakan resipi ini setaraf dengan hotel 5 bintang! Jimat poket, tak perlu keluar duit.
Bahan utama yang diperlukan hanyalah roti, susu segar, gula perang, cream cheese, telur, chocolate chips dan esen vanilla.
Ikut saja resipi perkongsian oleh Saudari Maslina Meor Radhi di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kuih Bengkang Tepung Beras Sukat Guna Cawan, Bakar Dalam Air Fryer Je
1. Potong roti kepada 4 bahagian dan susun dalam loyang.
2. Siram susu segar ke atas roti dan rendam selama 15 minit.
3. Pukul cheese sampai gebu dan masukkan telur. Sambung pukul lagi.
4. Masukkan pula gula perang dan esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati.
5. Masukkan adunan cheese ke atas roti di dalam loyang tadi. Ratakan.
6. Taburkan coklat chips secukupnya.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150°C dan sambung bakar selama 40 minit. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Maslina Meor Radhi
Baca juga: Apam Balik Pandan Cara SIMPLE, Anak Anak Mesti Suka Makan
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…