puding kastard jagung

Puding kastard jagung ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak hidangan pencuci mulut yang mudah dan sedap. Dengan bahan-bahan asas yang ada di dapur dan cara penyediaan yang simple, puding ini boleh siap dalam masa yang singkat.

Anda cuma perlukan gula, tepung kastard, air, jagung creamy, dan susu cair. Campur semua bahan, kacau sampai sebati, dan masak hingga pekat. Tak perlu teknik rumit, semua orang boleh buat!

Puding ini juga paling sedap bila dinikmati dalam keadaan sejuk. Rasa lembut dan creamy dengan sentuhan manis jagung pasti buatkan semua orang puas hati. Jadi, kalau nak hidangan pencuci mulut yang lazat dan mudah, puding ini memang pilihan terbaik. Jom cuba buat!

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Makan Waktu Cuaca Panas Memang Sejuk Tekak!

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 ½ cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 tin jagung dalam tin (jenis creamy)
  • 1 tin susu cair

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk: gula, tepung kastard, air, jagung, dan susu cair.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  3. Setelah bahan-bahan sebati, buka api sederhana dan terus kacau campuran tersebut.
  4. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.
  6. Setelah sejuk, puding kastard jagung sedia dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Nurmasdiana Salim

Baca juga: Cara Buat Puding Strawberry Yang Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN