Ada banyak resepi kek marble tapi kek marble pisang ini jarang dibuat orang. Jadi, ia boleh dikatakan unik dan memang ‘rare’.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan resepi kek pisang marble yang dijamin lembut. Bila digigit, terus cair dan meleleh dalam mulut.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!
RESEPI KEK MARBLE PISANG
Bahan-bahan:
- 150g tepung naik sendiri
- 120g gula
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu makan ovalet
- 30ml susu segar
- 100g butter/marjerin (dicairkan)
- 4 biji pisang yang sesuai (dilenyekkan)
Cara-cara:
- Pukul semua bahan-bahan bertanda (*) hingga gebu dan pekat.
- Kemudian, masukkan butter atau marjerin yang telah dicairkan. Gaul sampai rata.
- Selepas itu, masukkan pisang yang telah dilenyek dan sambung kacau hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci.
- Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 1 jam.
- Jika kek sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Apabila sudah sejuk, boleh terus untuk dihidangkan.
Tips:
- Jika ada serbuk coklat Milo, boleh tambahkan ke dalam adunan sebanyak 2-3 sudu besar.
- Selain serbuk coklat, boleh juga letakkan sedikit serbuk Horlicks.
- Jika tiada 2 bahan di atas, boleh gunakan 1 sudu besar serbuk koko untuk dapatkan aroma coklat.
Kredit resipi dan gambar: Khairunnisa Mohammad
Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!