resepi puding karamel kukus

Anda yang suka buat pencuci mulut di rumah pasti seronok jika dapat tahu ada resepi Puding Karamel kukus yang cukup mudah dengan menggunakan roti Gardenia.

Puding Karamel merupakan pencuci mulut dengan tekstur yang lembut terasa licin di lidah dan digemari hampir semua orang, baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Gabungan rasa puding dan kemanisan karamel itu mewujudkan rasa yang tiada tandingannya. Senang cerita, pencuci mulut lain pun susah nak lawan hidangan savori yang popular ini.

Jangan buang lebihan roti Gardenia kerana anda boleh gunakannya untuk buat Puding Karamel seperti perkongsian oleh Zainab Abu Bakar di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Kek Karamel Pelangi, Kombinasi Puding Dan Kek Yang Lembut Serta Gebu

RESEPI PUDING KARAMEL KUKUS GUNA ROTI GARDENIA

resepi puding karamel kukus

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar gula (untuk dijadikan gula hangus)
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1. Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga gula jadi perang.

2. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar air panas dan kacau sehingga sebati, kemudian matikan api dapur.

3. Tuang terus ke dalam loyang dan ketepikan, kemudian panaskan pengukus terlebih dahulu.

4. Sementara itu, koyak-koyakkan roti kemudian kisar bersama air suam, susu, telur dan esen vanilla sehingga sebati.

5. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus selama 45 minit, kemudian setelah sejuk, barulah boleh dipotong. Siap untuk dihidang!

Setelah tahu resepi Puding Karamel kukus yang mudah ini, anda tak perlulah risaukan tentang roti Gardenia yang sudah hampir dengan tarikh luput.

resepi puding karamel kukus

Tak ramai mahir hasilkannya cantik, tapi jika tak kisah tentang rupa dan lebih pentingkan rasa, resepi Puding Karamel kukus ini pilihan tepat buat anda yang pertama kali membuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zainab Abu Bakar

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Cantik Tanpa Gagal, Manis Pun Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN