puding jagung

Resepi puding jagung ini sangat berbeza dari yang lain kerana tidak perlu menggunakan tepung kastard sama sekali.

Walaupun tidak menggunakan tepung kastard, puding jagung ini tetap menjadi pejal dan lembut elok apabila dimakan.

Jika ada yang mahu mencubanya, ikuti resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mas Cotek di bawah.

Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Guna Telur, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI PUDING JAGUNG TANPA TEPUNG KASTARD

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara penyediaan:

1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut.

2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus.

3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati.

4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan.

5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang.

6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.

7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang. Selamat mencuba!

puding jagung

Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek

Baca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Baca juga: Resipi Agar-Agar Sirap Rose, Ini Tips Agar Mudah Terbentuk Dua Lapisan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN