puding buah

Resipi puding buah ini memang nampak menarik dan sedap! Bayangkan jika dapat menikmatinya setelah disejukkan dalam peti sejuk.

Anda boleh menggunakan pelbagai pilihan buah-buahan mengikut selera. Resipi ini menggunakan buah kiwi dan mangga, yang menghasilkan rasa masam dan manis.

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI PUDING BUAH BUAHAN

puding buah

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Masukkan agar-agar tali ke dalam 1.5 liter air. Panaskan dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api.
  2. Masukkan 1 tin susu pekat dan setengah tin susu cair. Kacau sebati. Kalau rasa nak lebih manis, boleh tambah lagi susu pekat.
  3. Sediakan loyang saiz 8 inci. Susunkan buah di dalam loyang dan tuang agar-agar perlahan-lahan menggunakan senduk. Tuang dalam 5 senduk, kemudian masukkan ke dalam peti sekejap bagi ia keras sedikit.
  4. Sejukkan seketika di dalam peti supaya puding sedikit keras.
  5. Ambil 3 senduk agar-agar, masukkan dalam mangkuk lain dan tambahkan pewarna kuning. Kacau rata, kemudian tuang di atas lapisan agar-agar yang telah diletakkan buah. (Langkah ini boleh skip jika tidak mahu lapisan kuning)
  6. Setelah lapisan kuning keras sedikit, tuang baki agar-agar yang selebihnya hingga habis. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  7. Sejukkan dalam peti selama 4 jam atau lebih. Untuk hasil yang lebih cantik semasa memotong buah, pastikan puding benar-benar sejuk.

Sumber: Ebah Habibah

Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending