resepi popia bergedil

Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Fatini Asilah berkongsikan resepi popia bergedil dan tauhu begedil yang sedap.

Menurutnya, kesedapan tauhu dan popia bergedil bukan hanya bergantung sambal kicapnya, inti yang cukup rasa dan tak masam juga memainkan peranan penting.

Beliau turut berkongsikan beberapa tips untuk dijadikan rujukan buat panduan semua. Jom lihat perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!

RESEPI POPIA BERGEDIL & TAUHU BERGEDIL SEDAP

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Isi ayam/aging
  • Air
  • Minyak
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Lobak merah
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kentang dipotong bulat dan goreng sehingga perang keemasan.
  2. Selepas itu, angkat kentang dari minyak dan lenyek kentang sewaktu masih panas.
  3. Kemudian, goreng isi ayam atau daging dengan sedikit minyak sehingga kering air.
  4. Campurkan kentang dan isi ayam/daging bersama daun sup, bawang goreng, lobak merah, lada hitam dan serbuk perasan.
  5. Gaul semua bahan sehingga sebati dan siap.
  6. Padatkan dan sumbat ke dalam inti.

Tips tambahan:

  • Isi ayam/daging perlu digoreng sehingga masak
  • Guna tauhu yang fresh atau bakar dulu sebelum sumbat inti
  • Kalau simpan frozen, siap sumbat terus masuk peti
  • Kalau simpan dalam chiller (peti biasa) (siap sumbat, bakar dahulu pada suhu 80°C dalam 5 minit)
  • Inti cepat masam @ basi sebab lembap, jadi pastikan tauhu kering sebelum disumbat dengan inti
  • Guna bahan yang segar
  • Nak dapat gorengan cantik bersarang, salut dengan campuran telur + perasa + tepung jagung/beras

Kredit resipi dan gambar: Fatini Asilah

Baca juga: Cara Buat Tauhu Bergedil Berlauk Yang Lembut & Padat, Mudah Kukus Tanpa Acuan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN