pistachio sauce

Pistachio sauce merupakan topping yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali ke kedai yogurt, llaollao.

Namun begitu, kadang-kadang rasa tak puas makan sebab sos yang diletakkan sedikit saja.

Kalau nak lagi puas, apa kata kita cuba buat sendiri sos pistachio di rumah. Makan dengan aiskrim pun ngam!

Jadi, mari kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Krim Coklat Homemade, Boleh Guna Untuk Macam-Macam

RESIPI PISTACHIO SAUCE HOMEMADE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bakar kacang pistachio di dalam oven. Bakar tak perlu garing.

pistachio sauce

2. Kemudian, kisar halus kacang pistachio menggunakan chopper atau grinder. Lagi halus kacang, lagi pekat pes.

3. Apabila sudah siap dikisar, tuangkan ke dalam bekas.

4. Tambahkan 4 cawan minyak jagung (tak kisah jenis cawan apa). Kacau sehingga sebati.

pistachio sauce

5. Kemudian masukkan 6 sudu besar emolco pistachio sedikit demi sedikit. Emolco ini bertujuan supaya bau pistachio lebih kuat dan wangi. Jika tidak letak emolco, sos akan kurang bau.

6. Kalau lagi sehingga semuanya sebati.

7. Jika mahu dijadikan sos untuk aisrim atau yogurt, campurkan pes tadi bersama 1 kg white chocolate yang sudah dicairkan (double boil). Ini bertujuan supaya sos lebih manis.

pistachio sauce

8. Untuk campuran cheese, tak perlu menggunakan white chocolate sebab tak nak manis.

Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Fans

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN