
Kadangkala nak masak yang ringkas saja, tapi kenalah kenyang dan menyelerakan. Tak perlu susah payah fikir, buat saja resipi Sambal Ikan Bilis yang sedap tak terkata ini.
Rahsia sambal yang wangi terletak pada teknik. Bukan terus campak semua sekali, tapi ada langkah yang perlu diikut. Bukan saja aromanya wangi, malah tahan lama apabila disimpan.
Resipi Sambal Ikan Bilis yang dikongsikan oleh Ahmad Shinoda di Facebook ini cukup menarik kerana resipinya untuk satu mangkuk kecil saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Warna Sambal Cantik & Tahan Lama, Ikut Petua Ini Baru Merah Menyala!
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm belacan
*Kisar dengan sedikit saja air, jangan banyak.
Bahan goreng garing:
- Ikan bilis secukupnya
- 2 hingga 3 biji bawang kecil (dibelah dua)
Bahan perasa:
- 3 hingga 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil sos cili
- ½ sudu kecil serbuk perasa
- 1 sudu kecil kicap manis
- ¼ sudu kecil pes asam jawa
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng garing ikan bilis dan bawang kecil, angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak gorengan tadi dan tumis bahan kisar. Minyak kena agak banyak, nanti boleh keluarkan semula.
3. Selepas itu, tumis atas api sederhana sampai pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan semua bahan perasa, gaul sebati dan biar sampai agak kering.
5. Akhir sekali, masukkan bawang dan ikan bilis goreng tadi. Gaul sekejap saja, kemudian angkat. Siap untuk dihidang!
Minyak lebihan jangan dibuang, boleh guna untuk simpan sambal supaya lebih tahan lama. Rasanya cukup wangi, tak terlalu pedas, manis seimbang dan ikan bilis pun kekal rangup.
Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Shinoda
Baca juga: Sambal Kacang Ikan Bilis Kering Rangup & Pedas Manis, Sekali Buat Boleh Tahan Berminggu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














