Categories: Resipi

Resipi Kuah Kacang Pecal Jawa Yang Pekat & Sedap, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Macam ‘Ori’!

Kalau tekak tiba-tiba terasa nak makan pecal jawa, boleh cuba buat sendiri di rumah. Kuahnya yang diperbuat daripada kacang tanah, cili, cekur dan air asam jawa menghasilkan rasa yang pedas, masam, manis dan cukup menyelerakan. Lagi sedap apabila digaul bersama sayur-sayuran, tauhu atau tempe.

Pecal memang sinonim dengan masakan masyarakat Jawa dan setiap keluarga mungkin ada cara tersendiri untuk menyediakan kuahnya. Salah satu bahan yang cukup penting ialah cekur atau kencur kerana aromanya memberikan rasa dan bau yang tersendiri pada kuah pecal.

Resipi ini pula menggunakan bahan yang mudah didapati seperti kacang tanah, bawang merah, bawang putih, cili kering, cili api dan belacan. Kacang tanah dikisar kasar supaya kuah mempunyai sedikit tekstur, manakala jumlah air boleh ditambah mengikut tahap kepekatan yang disukai.

Baca juga: Resipi Sambal Jawa Bersantan Yang Penuh Isi, Sekali Hadap Saja Terus Licin Sepinggan!

RESEPI PECAL JAWA YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan kuah pecal jawa:

  • 2 genggam kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 3–4 ketul ubi cekur
  • 5–10 tangkai cili kering
  • 10–12 biji cili api
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Air panas secukupnya

Bahan-bahan sayuran:

  • Kangkung (dicelur)
  • Kacang panjang (dicelur)
  • Tauge (dicelur)
  • Timun (dihiris)
  • Sengkuang (dihiris)
  • Tauhu goreng
  • Tempe goreng

Sayur-sayuran untuk pecal sebenarnya boleh diubah mengikut bahan yang ada di rumah. Antara yang biasa digunakan termasuk kangkung, kacang panjang, tauge, timun dan sengkuang, selain tauhu serta tempe.

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak yang cukup panas sehingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.
  2. Kisar kacang tanah yang telah digoreng. Jangan kisar terlalu halus supaya kuah pecal masih mempunyai tekstur kacang.
  3. Dalam minyak yang sama, goreng bawang merah, bawang putih, cili kering, cili api, belacan dan ubi cekur sehingga layu serta sedikit keperangan. Angkat dan toskan.
  4. Kisar semua bahan yang telah digoreng sehingga sebati.
  5. Satukan bahan kisar dengan kacang tanah yang telah dikisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga rata.
  6. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
  7. Renehkan kuah pecal seketika sambil dikacau. Rasa dan tambah garam, gula atau air asam jawa jika perlu.
  8. Hidangkan kuah pecal bersama sayur-sayuran yang telah dicelur, tauhu atau tempe goreng. Gaul rata sebelum dinikmati.

Sumber: Emee Sham

Baca juga: Jom Cuba Resipi Mi Jawa Paling Padu Ini, Kuah Pekat Elok Sebab Letak ‘Bahan Rahsia’

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago