resipi sambal jawa

Resipi sambal Jawa memang antara lauk tradisi yang sentiasa buat ramai teringat-ingat. Gabungan rasa pedas, manis dan lemak santan menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi bila dimakan dengan nasi putih panas.

Versi sambal Jawa ini lebih istimewa kerana menggunakan santan, berbeza dengan versi lama yang hanya menggunakan kicap. Hasilnya lebih berlemak, pekat dan rasa sambal lebih “berat” serta puas dimakan.

Yang menariknya, sambal ini bukan sekadar sambal biasa, tetapi dipenuhi dengan pelbagai bahan seperti tempe, kentang, buncis, suhun, fucuk dan cendawan. Memang sesuai dijadikan lauk utama untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Sotong Sambal Petai Lazat, Guna Teknik Ini Baru Tak Kecut & Kekal Lembut

RESIPI SAMBAL JAWA YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

resipi sambal jawa

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Tempe
  • Kacang tanah
  • Buncis
  • Fucuk
  • Cendawan telinga kera
  • Suhun

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Udang kering atau ikan bilis

Bahan lain:

  • Cili kisar
  • Santan
  • Kicap manis
  • Garam
  • Perasa (jika suka)
  • Air asam jawa atau asam keping
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng kentang, tempe, buncis dan kacang tanah terlebih dahulu sehingga masak. Ketepikan.
  2. Rendam suhun, fucuk dan cendawan telinga kera hingga lembut. Potong jika perlu.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas bersama udang kering atau ikan bilis.
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan semua bahan yang telah digoreng bersama suhun, fucuk dan cendawan. Gaul rata.
  6. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  7. Tambahkan kicap manis, garam, perasa (jika guna) dan air asam jawa atau asam keping.
  8. Masak sehingga semua bahan mesra dan kuah sedikit pekat.
  9. Rasa dan sesuaikan ikut cita rasa sendiri sebelum tutup api.

Sumber: Hasbullah Ahmad

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali Yang Harum Semerbak, Menu Simple Yang Gerenti Laku Keras Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN