Jika anda seorang yang tidak suka bersahur dengan makanan berat, boleh cuba resepi pati kurma homemade ini atau boleh dijadikan minuman tambahan ketika bersahur.
Bila hendak diminum, campurkan pati bersama susu dan boleh terus diminum. Minuman ini nampak mudah tapi sebenarnya ia boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sehingga waktu berbuka.
Kemanisan pes ini bergantung pada jenis kurma yang dipilih. Jika kurma tersebut manis, maka manislah minuman anda nanti. Jom cuba menggunakan resipi hasil perkongsian dari Fa Phong di bawah.
Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!
Bahan-bahan yang diperlukan
Cara-cara:
1. Asingkan biji kurma dan ambil isi sahaja.
2. Kemudian, kukus isi kurma tadi selama 20 minit.
3. Apabila sudah siap kukus, kisar isi kurma dalam food processor sehingga menjadi pes. Jangan campur air supaya pes tahan lebih lama.
4. Masukkan pes ke dalam botol dan simpan dalam peti ais.
5. Apabila mahu diguna, ambil 1 sudu pati kurma dan campur dengan 1 cawan susu segar.
6. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fa Phong
Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah telah bermula dan ibu bapa pasti sibuk memikirkan bekal…
Cuaca panas boleh membuatkan tekak cepat rasa dahaga dan teringin makan pencuci mulut yang menyegarkan.…
Resepi kek oren sunquick ini sangat lembap dan lembut, dengan aroma harum dari parutan kulit…
Walaupun ada pelbagai jenis bahulu gulung yang ada sekarang, namun resepi Bahulu Gulung Kampung tetap…
Jika suka memasak, pasti anda ada buat stok seperti bawang kisar dan cili kisar untuk…
Setiap hari sudah masak nasi berlauk, sekali-sekala mesti teringin nak buat hidangan ringkas saja. Jika…