Categories: Resipi

Maggi Goreng Mamak Sepantas 15 Minit, Cara Ringkas Tapi Rasa Padu!

Setiap hari sudah masak nasi berlauk, sekali-sekala mesti teringin nak buat hidangan ringkas saja. Jika begitu, anda boleh cuba buat Maggi Goreng Mamak yang mudah tapi padu ini.

Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian oleh Nor Farah Atika di Facebook tentang cara buat Maggi Goreng Mamak yang sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar

RESIPI MAGGI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 2 paket maggi
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili api
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 paket perencah kari atau tomyam
  • Fishball
  • Fishcake
  • 1 hingga 2 biji telur

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus dulu maggi (2 paket). Jangan rebus lama sangat, nanti maggi kembang. Cukup 2 minit, terus tutup api.

2. Selepas rebus, ketepikan maggi terlebih dahulu.

3. Seterusnya, tumis sebiji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 3 tangkai cili api (tambahan jika suka pedas), sukatan untuk 2 paket.

4. Masukkan 1 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram dan 1 paket perencah kari (jangan letak 2 paket, nanti masin sangat, boleh juga jika nak guna perencah tomyam ikut citarasa masing-masing).

5. Kemudian, masukkan sebiji telur (nak lebihkan 2 biji pun boleh juga). Tunggu telur masak sekejap dalam seminit baru kacau-kacau sampai rata.

6. Selepas itu, masukkan bahan protein yang disukai (saya masukkan fishball dan fishcake saja) dan maggi.

7. Akhir sekali, letak sedikit kicap supaya warnanya lebih cantik dan tak perlu letak garam sebab sudah secukup rasa, kemudian gaul-gaul sampai rata.

Nak tambah lebih sedap, anda boleh hidangkan Maggi Goreng Mamak ini bersama telur mata kerbau atau telur dadar gebu. Dengan satu suapan saja, pasti selera terangkat dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!

Aimi

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

15 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

15 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

17 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

18 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

18 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

18 hours ago