Categories: Resipi

Resipi Paprik Ayam Ini Simple Saja, Tapi Sedapnya Serius Tak Cukup Satu Pinggan Nasi!

Kalau anda tengah cari resepi paprik ayam yang mudah tapi tetap sedap macam di kedai Thai, ini resipinya. Lauk ini memang terkenal sebab lengkap dengan ayam, kuah pekat berperisa dan sayur segar sekali.

Paprik ayam juga sesuai dimasak ikut bahan yang ada di dapur. Nak letak kacang panjang, carrot, bunga kobis atau putik jagung pun boleh. Kuahnya pula hasil campuran beberapa sos yang ringkas, tapi cukup menyelerakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Tomyam Paling Mudah Tapi Sedap Macam Kedai Thai, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI PAPRIK AYAM

Bahan ayam:

  • 1 dada ayam (hiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan kunyit)

Sayur (ikut suka, guna apa yang ada):

  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (rajang/ketuk)
  • Sedikit halia (opsyenal)
  • Kacang panjang (potong pendek)
  • Tomato (potong wedges)
  • Carrot, bunga kobis, putik jagung (jika ada dan suka)

Campuran sos (satukan & kacau rata):

  • Sos tiram
  • Sos cili Thai
  • Sos tomato
  • Sos ikan

(Kuantiti semua sos sama banyak. Tambah sedikit air supaya sos tak melekat pada mangkuk.)

Lain-lain:

  • 2 batang serai (ketuk)
  • Daun limau purut (buang tulang tengah supaya tidak pahit)
  • 1–2 sudu cili kering kisar (ikut tahap pedas yang disukai)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng ayam yang digaul kunyit tadi sehingga ½ masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
    Tip: Cara ini buatkan tekstur ayam lebih lembut bila dimasak bersama kuah nanti.
  2. Guna minyak yang sama, tumis cili kering kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan bawang putih, tumis sampai naik bau wangi.
  4. Tuang campuran sos yang sudah dikacau tadi. Biarkan mendidih sambil dikacau supaya sebati. Tambah air jika suka kuah lebih banyak.
  5. Bila kuah mula pekat, masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato dan cili api (jika suka pedas). Kalau nak sayur cepat layu, boleh tutup kuali sekejap.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.
  7. Masukkan daun limau purut, kacau sekali lagi, kemudian siap untuk dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Kalau nak lebih rasa, boleh tambah garam, gula atau serbuk perasa. Tapi kalau nak natural, cukup dengan rasa gabungan sos sahaja.
  • Paprik ayam ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Hajar Mohd

Baca juga: Daging Masak Merah Thai Beraroma, Lauk Mudah Tapi Sedapnya Luar Biasa

Wan N

Recent Posts

Belanjawan Malaysia 2027 Bawa Berita Baik, Harga Ikan, Ayam & Sayur Ditawar Sehingga 30% Lebih Murah

Harga barang dapur antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang menyediakan…

3 days ago

Resipi Sos Yogurt Homemade Rendah Karbohidrat, Nak Makan Dengan Salad Atau Ayam Pun Boleh!

Resipi sos yogurt homemade ini sesuai untuk anda yang mahukan sos berkrim dengan rasa segar…

3 days ago

Belanjawan 2027, SARA Kini Boleh Digunakan Untuk Beli Barang Basah & Segar Di 216 Pasar Tani Terlibat

Antara pengumuman yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2027 ialah peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…

3 days ago

Campur Semua Dalam Mangkuk & Kukus! Resipi Ayam Halia Ini Mudah, Juicy & Penuh Rasa

Ayam halia kukus ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan sedap tanpa perlu menghabiskan…

3 days ago

Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!

Resepi kari telur ini sesuai untuk mereka yang menggemari kuah kari pekat, berempah dan sedikit…

3 days ago

Resipi Tomyam Putih Ringkas Tanpa Pes, Rasa Lebih Masam Pedas Berlemak Barulah ‘Kick’!

Resipi tomyam putih tanpa pes ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati tomyam ala Thai…

3 days ago