cara memasak tomyam

Kalau anda nak tahu cara memasak tomyam yang mudah dan sedap, resipi ini memang sesuai dicuba. Kalau sebelum ini asyik makan di restoran Thai, sebenarnya anda pun boleh masak sendiri di rumah

Dengan bahan ringkas dan langkah yang cepat, anda boleh hasilkan tomyam sedap dan padu ikut cita rasa sendiri. Sama ada guna ayam, udang atau sotong, kuahnya tetap padu dan menyegarkan.

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

CARA MEMASAK TOMYAM MUDAH DAN SEDAP

cara memasak tomyam

Bahan-bahan:

  • 3 cawan air
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Udang secukupnya
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Cili padi (diketuk)
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 batang serai (dihiris/dititik)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu besar susu cair (agak-agak ikut pekat yang disuka)
  • 1 biji jus limau nipis
  • Sayur pilihan (cendawan, bunga kobis, lobak)
  • Daun ketumbar untuk hiasan
  • Garam dan serbuk perasa (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan ayam dan biarkan hingga masak.
  3. Masukkan pes tomyam, bawang holland, bawang putih, lengkuas dan serai.
  4. Tambahkan udang, kemudian kacau rata.
  5. Masukkan kicap sotong dan sayur pilihan.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan mendidih hingga semua bahan masak.
  7. Masukkan tomato, kemudian tutup api.
  8. Akhir sekali, masukkan susu cair dan jus limau nipis.
  9. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Sumber: Ruzila Sidek

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai Yang Pedas, Masam & Manis. Confirm Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN