
Kalau anda tengah cari resepi paprik ayam yang mudah tapi tetap sedap macam di kedai Thai, ini resipinya. Lauk ini memang terkenal sebab lengkap dengan ayam, kuah pekat berperisa dan sayur segar sekali.
Paprik ayam juga sesuai dimasak ikut bahan yang ada di dapur. Nak letak kacang panjang, carrot, bunga kobis atau putik jagung pun boleh. Kuahnya pula hasil campuran beberapa sos yang ringkas, tapi cukup menyelerakan. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Tomyam Paling Mudah Tapi Sedap Macam Kedai Thai, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!
RESEPI PAPRIK AYAM

Bahan ayam:
- 1 dada ayam (hiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan kunyit)
Sayur (ikut suka, guna apa yang ada):
- 1 labu bawang besar (hiris)
- 3 ulas bawang putih (rajang/ketuk)
- Sedikit halia (opsyenal)
- Kacang panjang (potong pendek)
- Tomato (potong wedges)
- Carrot, bunga kobis, putik jagung (jika ada dan suka)
Campuran sos (satukan & kacau rata):
- Sos tiram
- Sos cili Thai
- Sos tomato
- Sos ikan
(Kuantiti semua sos sama banyak. Tambah sedikit air supaya sos tak melekat pada mangkuk.)
Lain-lain:
- 2 batang serai (ketuk)
- Daun limau purut (buang tulang tengah supaya tidak pahit)
- 1–2 sudu cili kering kisar (ikut tahap pedas yang disukai)
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng ayam yang digaul kunyit tadi sehingga ½ masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
Tip: Cara ini buatkan tekstur ayam lebih lembut bila dimasak bersama kuah nanti. - Guna minyak yang sama, tumis cili kering kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
- Masukkan serai dan bawang putih, tumis sampai naik bau wangi.
- Tuang campuran sos yang sudah dikacau tadi. Biarkan mendidih sambil dikacau supaya sebati. Tambah air jika suka kuah lebih banyak.
- Bila kuah mula pekat, masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato dan cili api (jika suka pedas). Kalau nak sayur cepat layu, boleh tutup kuali sekejap.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.
- Masukkan daun limau purut, kacau sekali lagi, kemudian siap untuk dihidangkan.
Tip tambahan:
- Kalau nak lebih rasa, boleh tambah garam, gula atau serbuk perasa. Tapi kalau nak natural, cukup dengan rasa gabungan sos sahaja.
- Paprik ayam ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.
Sumber: Hajar Mohd
Baca juga: Daging Masak Merah Thai Beraroma, Lauk Mudah Tapi Sedapnya Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














