Categories: Resipi

Resepi Pan Mee Ala Kedai Ikut Cita Rasa Sendiri, Penggemar Makanan Pedas Wajib Cuba!

Terasa nak makan pedas tetapi tak tahu nak masak apa? Resepi pan mee ini boleh menjadi pilihan yang tepat! Gabungan rasa pedas, manis dan masin menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan.

Keistimewaan pan mee ini terletak pada minyak cili buatan sendiri yang memberikan rasa pedas serta aroma yang menggoda selera. Ayam cincang yang berperisa pula melengkapkan hidangan ini dengan rasa yang lebih enak.

Bagi penggemar makanan pedas, tahap kepedasan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Tambahan ikan bilis goreng yang rangup dan telur separuh masak menjadikan hidangan ini lebih istimewa untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Baca juga: Resepi Mee Udon Goreng Dengan Daging, Rahsia Daging Lebih Berperisa Rupanya Kena Perap Dulu!

RESEPI PAN MEE

Bahan-bahan:

Bahan untuk topping ayam cincang:

  • 200 g ayam cincang
  • ½ biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram (pilihan)
  • ½ sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil lada hitam

Bahan mi dan perasa:

  • 3 keping mi pan mee
  • 2–3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar minyak bawang putih
  • Sedikit minyak bijan

Bahan minyak cili:

  • 20–30 g cili kering, dibuang biji
  • 3–4 biji cili padi (pilihan)
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar
  • 10 g udang kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu kecil serbuk stok ikan bilis
  • Minyak masak secukupnya
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam dan sedikit gula secukup rasa

Bahan hiasan dan tambahan:

  • Ikan bilis goreng
  • Telur separuh masak atau telur rebus
  • Bawang goreng
  • Daun bawang, dihiris

Cara penyediaan:

  1. Rebus mi pan mee sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan ketepikan untuk dijadikan hiasan.
  3. Gunakan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga naik bau. Masukkan ayam cincang dan masak sehingga berubah warna.
  4. Tambahkan kicap cair, kicap manis, sos tiram, gula dan lada hitam. Gaul rata dan masak sehingga ayam empuk serta kuahnya hampir kering. Ketepikan.
  5. Rendam cili kering dalam air panas sehingga lembut. Toskan, kemudian kisar bersama cili padi, bawang putih, bawang besar, udang kering, segenggam ikan bilis dan belacan sehingga menjadi pes.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis pes cili menggunakan api sederhana sehingga pecah minyak dan naik bau.
  7. Masukkan serbuk stok ikan bilis, garam dan sedikit gula. Gaul sehingga sebati, kemudian tutup api.
  8. Dalam mangkuk, campurkan minyak bawang putih, kicap cair, kicap manis dan minyak bijan. Masukkan mi yang telah direbus dan gaul sehingga rata.
  9. Letakkan ayam cincang di atas mi. Tambahkan minyak cili mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  10. Hiaskan dengan ikan bilis goreng, telur, bawang goreng dan daun bawang. Mi pan mee pedas manis sedia untuk dinikmati!

Sumber: Tiktok @Sentiasa lapar

Baca juga: Resipi Mee Kari Udang Sambal Pekat Berempah, Makan Panas-Panas Sampai Tak Sedar Dah Mangkuk Kedua!

Izzati

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago