resepi petai

Kalau anda peminat ulam, sambal dan makanan yang beraroma kuat, anda wajib cuba resepi petai ikan bilis cili padi ini.

Gabungan ikan bilis goreng garing, petai segar dan sambal cili padi memang pembuka selera yang susah nak tolak.

Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas, tambah pula telur mata dan sedikit kicap manis, memang bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Baca juga: Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis, Lauk Ringkas Tapi ‘Power’ Bukan Main!

RESEPI PETAI IKAN BILIS CILI PADI

resepi petai

Bahan-bahan:

  • Petai (secukupnya)
  • Ikan bilis (digoreng garing, secukupnya)
  • Cili padi (10 tangkai)*
  • Cili besar (5 biji)*
  • Bawang besar (1 biji)*
  • Bawang putih (2 ulas)*
  • Belacan (sebesar ibu jari)*
  • Asam keping (1 keping)
  • Garam/Cukup rasa (secukupnya)
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Gula (secukupnya)
  • Minyak masak (5 sudu besar, boleh tambah jika perlu)

Bahan bertanda (*) perlu ditumbuk kasar atau dikisar menggunakan chopper.

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk kasar atau kisar bahan bertanda (*) iaitu cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih dan belacan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan garam/cukup rasa, serbuk perasa (jika guna), gula dan asam keping. Gaul rata.
  4. Masukkan petai, kacau rata dan biarkan selama 2-3 minit supaya petai sedikit layu.
  5. Tutup api, kemudian masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Tip sedap makan:

Hidangkan bersama telur mata gedik-gedik dan nasi putih panas. Siram pula sedikit kicap manis di tepi nasi, confirm bertambah!

Sumber: Cik Ena Rahman

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN