nasi goreng sambal

Pernah cuba resepi nasi goreng sambal gesek? Jika belum, jom belajar cara memasaknya menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Rencahnya sama saja seperti nasi goreng yang biasa dimasak. Namun, penggunakan sambal gesek menjadikan hidangan nasi goreng ini lebih istimewa dan menyelerakan.

Jika ada lebihan nasi putih yang tidak habis, boleh simpan di dalam peti ais untuk dijadikan nasi goreng. Sesuai dihidangkan pada sarapan pagi atau makan malam.

Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!

RESEPI NASI GORENG SAMBAL GESEK

Bahan-bahan:

– 1 biji bawang merah dihiris
– 1 ulas bawang putih diketuk
– 2 sudu besar sos tiram
– 3 sudu besar sambal gesek atau ikut banyak disukai
– 1 sudu kecil serbuk lada sulah
– 2 mangkuk kecil nasi
– Garam, gula, serbuk cukup rasa maggi secukupnya
Sayur pakchoi atau kangkung

Cara memasak:

1. Panaskn minyak, tumis bawang-bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam. Isi ayam bertukar warna putih. masukkan sos tiram dan sambal gesek. Kacau sebati. Jika nak letak telur masa ini boleh masukkan telur.

nasi goreng sambal

2. Masukkan nasi dan semua bahan berbaki satu persatu. Kacau sebati dan seimbangkan rasa. Siap.

nasi goreng sambal

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN