Categories: Resipi

Nasi Goreng Daging Shabu-Shabu, Nampak Ala Restoran Mewah Tapi Mudah Saja Nak Buat!

Resepi nasi goreng daging ini boleh menjadi pilihan menarik untuk makan malam, terutama apabila tiba hujung minggu. Nasi goreng daging shabu-shabu ini nampak mewah, tetapi sebenarnya mudah sahaja disediakan di rumah.

Menariknya, hidangan ini tidak memerlukan banyak bahan atau langkah penyediaan yang rumit. Penggunaan daging shabu-shabu memberikan kelainan pada nasi goreng biasa kerana hirisannya yang nipis dan cepat masak. Dengan bantuan perencah nasi goreng, anda juga tidak perlu bersusah payah menyediakan pelbagai bahan untuk menghasilkan hidangan yang menyelerakan.

Untuk hasil yang lebih sedap, gunakan nasi putih yang telah disejukkan supaya teksturnya kekal elok ketika digoreng. Taburan daun sup atau daun bawang pula menambahkan aroma segar pada hidangan. Ringkas, tetapi cukup istimewa untuk menikmati makan malam yang berbaloi sebelum memulakan minggu baharu!

Baca juga: Suami Kongsi Resipi Nasi Goreng Isteri Paling Sedap Di Dunia, Sampai Bagi Rating 10000000/10!

RESEPI NASI GORENG DAGING SHABU-SHABU

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket kecil perencah nasi goreng
  • 2 biji telur
  • 150 g daging shabu-shabu
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar daun sup atau daun bawang (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Ketuk bawang putih hingga sedikit hancur. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan perencah nasi goreng dan gaul rata.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian masukkan daging shabu-shabu. Kacau sehingga telur dan daging masak.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua bahan sebati.
  5. Taburkan daun sup atau daun bawang yang telah dihiris. Gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @hidayah.mohtar

Baca juga: Masak Nasi Goreng Cili Kering, Resipi Legend Air Tangan Emak Yang Simple Tapi Sedap

Izzati

Recent Posts

Cara Buat Mini Cheese Tart Tanpa Telur, Sekali Adun Boleh Dapat Hingga 40 Biji!

Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…

17 hours ago

Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…

17 hours ago

Jangan Guna Gula Biasa Sahaja, Ini Petua Buat Agar-Agar Lebih Cantik Dan Tidak Berair!

Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…

18 hours ago

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

23 hours ago

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…

23 hours ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

24 hours ago