Categories: Resipi

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini boleh dijadikan pilihan kerana menggunakan pes beriani untuk memudahkan proses memasak.

Lebih menarik, hidangan ini turut dilengkapi ayam bakar, sambal cili padi, salad segar dan kurma daging yang pasti menambah selera.

Baca juga: Resepi Nasi Butter Simple Guna Periuk Nasi Yang Wangi Berlemak, Anak-Anak Mesti Suka!

RESEPI NASI BERIANI MUDAH DENGAN AYAM BAKAR

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan nasi beriani lengkap seperti yang dikongsikan oleh Nor Hafizah Ismail.

1. Bahan-Bahan Nasi Beriani

  • 2 cawan beras basmati
  • 1,000 ml air
  • 2 peket pes beriani
  • Sedikit mentega dan minyak
  • Rempah empat sekawan
  • Daun bay
  • Bawang merah, bawang putih dan halia
  • 1 biji tomato
  • Ayam yang diperap bersama pes beriani
  • Telur, kacang gajus, bawang goreng dan daun ketumbar

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Tumis mentega, minyak, rempah empat sekawan, daun bay, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato dan pes beriani, kemudian gaul rata.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap dan gaul sebentar.
  4. Pindahkan tumisan ke dalam periuk nasi bersama beras basmati dan air.
  5. Masak seperti biasa sehingga nasi masak.
  6. Hiaskan dengan telur, kacang gajus, bawang goreng dan daun ketumbar.

2. Bahan-Bahan Ayam Bakar Beriani

  • Ayam
  • 1 peket pes beriani

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam bersama pes beriani sehingga sebati.
  2. Bakar pada suhu 195°C selama 40 minit, iaitu 20 minit bagi setiap bahagian.
  3. Sapukan lebihan perapan dan bakar lagi selama 2 hingga 3 minit untuk mendapatkan warna yang lebih menarik.

3. Bahan-Bahan Sambal Cili Padi

  • Cili padi merah dan hijau
  • 3 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.

4. Bahan-Bahan Salad Segar

  • Tomato, timun dan bawang besar
  • Daun ketumbar
  • Perahan lemon
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-Cara Penyediaan:

Potong dadu tomato, timun dan bawang besar. Masukkan daun ketumbar, perahan lemon serta bahan perasa. Gaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

5. Bahan-Bahan Kurma Daging

  • Daging dan kentang
  • Rempah empat sekawan
  • Serai, bawang merah, bawang putih dan halia
  • Daun pandan dan daun kari
  • Rempah kurma dan rempah sup
  • Suku sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu kerisik
  • Santan
  • Cili hijau, bawang besar dan tomato
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun ketumbar

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Tumis rempah empat sekawan, serai, bawang, halia, daun pandan dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma, rempah sup dan rempah kari ayam.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga rempah pecah minyak.
  4. Masukkan kerisik, santan dan daging. Masak sehingga daging hampir empuk.
  5. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
  6. Akhir sekali, masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

NASI BERIANI LENGKAP, SESUAI UNTUK JAMUAN KELUARGA

Gabungan nasi beriani beraroma, ayam bakar berempah, sambal cili padi, salad segar dan kurma daging menjadikan hidangan ini lebih istimewa.

Resepi nasi beriani mudah ini sesuai dicuba untuk makan bersama keluarga, jamuan atau majlis istimewa.

Terima kasih kepada Nor Hafizah Ismail atas perkongsian resipi. Selamat mencuba!

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Cara Masak Beras Basmati, Ini 10 Tip Supaya Nasi Panjang, Gebu & Tak Mudah Patah

Aimi

Recent Posts

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

11 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

45 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago