resepi nasi ayam claypot

Buat anda yang teringin makan makanan di medan selera dalam pusat membeli-belah tapi malas nak keluar, kami nak ajak buat resepi Nasi Ayam Claypot yang mudah atas dapur pada hari ini.

Secara tradisional, Nasi Ayam Claypot dimasak dalam periuk tanah liat (claypot) atas dapur arang yang menjadikan hidangan ini terasa lebih unik. Namun, tak semua orang ada periuk jenis ini di rumah.

Walaupun tiada claypot, anda masih boleh buat resepi Nasi Ayam Claypot dengan memasaknya atas dapur seperti perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Nasi Ayam Claypot, Rasa Sebijik Macam Makan Di Food Court

RESEPI NASI AYAM CLAYPOT ATAS DAPUR

resepi nasi ayam claypot

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras (rendam 10 minit)
  • 2 cawan air (ikut sukatan beras, jika guna beras yang selalu masak, kurangkan sedikit air sebab nanti air dari ayam akan keluar)
  • Sedikit bawang putih
  • 2 keping isi ikan masin (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit halia
  • Cendawan shitake
  • Daun bawang

Bahan-bahan perapan ayam (perap sekurangnya 30 minit):

  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap pekat
  • Sesame oil
  • Kicap manis
  • Lada putih atau sulah
  • Sedikit hirisan halia

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang putih dan sedikit halia sampai wangi, kemudian masukkan ikan masin dan goreng sampai isi ikan masak.

2. Selepas itu, masukkan ayam yang diperap tadi.

3. Kemudian, masukkan pula cendawan shitake. Rasa biar lebih masin manis supaya serasi nak gaul nasi nanti. Tambah apa yang kurang dan biarkan ayam dimasak secara separuh masak.

4. Seterusnya, pindahkan ke dalam periuk. Nasi di bawah juga sudah ¾ masak. Sebelum tutup tudung periuk, tuang sedikit minyak di sekeliling tepi-tepi periuk nasi tersebut.

5. Tutup dan biarkan lebih kurang dalam 10 minit begitu sehingga ayam masak. Setelah itu, tabur daun bawang dan gaulkan manja. Siap untuk dihidang!

resepi nasi ayam claypot

Sekali-sekala nak makan sesuatu yang luar biasa, maka resepi Nasi Ayam Claypot ini memang pilihan tepat untuk anda jadikan sebagai hidangan seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Hainan, Ada Tips Menarik Supaya Sedap Beraroma!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN