resepi nasi ayam

Sedap juga kalau tengah hari ini dapat ikut resepi nasi ayam yang sedap. Makan dengan ayam kicap yang lembut dan sambal pedas masam.

Jangan risau, MyResipi akan kongsikan cara buat nasi ayam yang tersangat senang untuk entri hari ini.

Jom baca sampai habis kerana di bawah ini ada petua untuk dapatkan ayam isi empuk.

Baca juga: Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan:

Nasi:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Susu pekat manis
  • Planta
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pandan
  • Minyak
  • Air rebusan ayam
  • Nenas (diblander)

Cara-cara:

1. Blender bahan bertanda (*) dan tumis dengan minyak, masukkan kayu manis dan buah pelaga.

2. Basuh beras dan masukkan bahan tumis tadi, planta, susu pekat manis, daun pandan, nenas yang telah diblender, garam, dan secubit serbuk kunyit.

3. Masak nasi dan apabila hampir kering, masukkan minyak gorengan ayam. Kacau rata dan tutup periuk.

Sambal:

  • Cili merah
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Sos cili

Cara-cara:

1. Blender semua bahan.

2. Masak dengan sos cili, garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.

Ayam:

  • Ayam (dipotong 4)
  • Sos tiram
  • Sedikit minyak
  • Bawang putih (diketuk)
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam

Cara-cara:

1. Rebus ayam terlebih dahulu, tapis dan rendam dalam air sejuk, kemudian tapis semula.

2. Satukan semua bahan perapan dan sapu pada ayam yang telah direbus. Perap selama setengah jam.

3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga tenggelam.

Kicap:

  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Bawang putih (diketuk)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan bancuh tepung jagung dengan air.

2. Masak semua bahan, tambah air jika terlalu pekat, serta garam dan gula secukup rasa.

Sup:

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Air rebusan ayam
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara:

1. Blender halia, bawang merah, dan bawang putih, kemudian tumis hingga naik bau.

2. Masukkan air rebusan ayam, garam, ajinomoto, daun sup, dan bawang goreng.

Selamat mencuba!

resepi nasi ayam

Nota:

  • Rebus ayam hingga tenggelam sepenuhnya dalam air selama 5 minit. Tapis dan sapu dengan bahan perapan, kemudian perap selama setengah jam.
  • Goreng ayam dalam minyak yang banyak sehingga tenggelam. Jika bimbang ayam melekat, masukkan asam keping ke dalam minyak. Pastikan minyak panas sebelum memasukkan ayam. Goreng ayam hingga masak, tetapi tidak terlalu lama kerana ayam telah direbus sebelumnya.

Sumber: CT Nazura

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN