Anak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SOSEJ AYAM HOMEMADE

Anak-anak mesti suka makan sosej kan, kalau boleh setiap minggu mesti disuruh beli sosej. Tetapi kalau makan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan mereka pula. Jom cuba resepi sosej homemade yang dikongsikan oleh Noor Saficka di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 2 kg isi ayam

  • 1 labu bawang putih

  • 4 biji telur

  • 6 sdb tepung ubi

  • Cukup rasa

  • Mixed herbs

  • Cendawan shitake kering (kisar kering)

Kredit: Noor Saficka

CARA PENYEDIAAN
  • Kisar isi ayam dengan telur dan bawang putih.

  • Gaul dengan bahan yang lain.

  • Untuk yang sosej biasa tidak perlu letak cendawan.

  • Selepas itu masukkan di dalam piping bag. Masukkan dalam plastik aiskrim dan boleh rebus. Bagi air mendidih dahulu baru masukkan sosej.
  • Sudah masak, angkat, rendam di dalam air sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari plastik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending