PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-11 02:40:36

Bagi para penggemar ‘Cheesy Wedges’ di KFC, sos cheese ini sudah pasti menjadi kegemaran mereka. Ada yang siap memesan sos cheese supaya diletakkan lebih dari kuantiti yang biasa kerana terlalu menyukainya. Jadi, apa kata kali ini anda cuba membuatnya sendiri menggunakan resipi daripada Nizsa Mi ini. Mudah pun mudah. Jom cuba!


Kredit: NisZa Mi
 

Bahan-bahan:

  • ½ ketul butter
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh air)
  • 4 keping cheese
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Pewarna kuning
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam secukupnya


    Kredit: NisZa Mi

 

Cara-cara:

  1. Muls-mula, cairkan butter di dalam bekas dan kemudian masukkan susu cair.
     
  2. Masukkan tepung pula dan gaulkan adunan tersebut sehingga rata.
     
  3. Selepas itu, masukkan 4 keping cheese yang telah disediakan. Teruskan mengacau lalu masukkan serbuk lada hitam, kiub ayam, garam dan pewarna.
     
  4. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati. Untuk tahap kepekatan adalah terpulang mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

    Kredit: NisZa Mi


    Kredit: NisZa Mi

 

Siap! Selepas ini, and pun boleh makan kentang bersama sos cheese homemade ini ambil menonton rancangan kegemaran di waktu petang. Selamat mencuba!


Kredit: NisZa Mi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN