
Mochi bites memang tengah viral sekarang, terutama di TikTok dan juga platform laman sosial yang lain. Kalau lalu-lalang tengok orang buat mochi lembut, kenyal dan cicah pula dengan sos cream cheese, memang terus rasa nak cuba buat sendiri di rumah.
Kalau anda sedang mencari idea pencuci mulut yang mudah, nampak fancy tapi sebenarnya tak susah pun nak buat, resipi ini memang sesuai. Bahan pun ringkas dan boleh didapati di dapur rumah sahaja. Teksturnya yang kenyal buatkan ramai tak cukup makan satu!
CARA BUAT MOCHI BITES

Bahan untuk mochi:
- 220 gram tepung pulut
- 4 sudu besar gula
- 4 sudu besar minyak masak
- 300 ml susu full cream atau susu cair
- Pewarna atau perisa ikut pilihan
Bahan untuk salutan:
- 1 cawan tepung pulut (disangai terlebih dahulu)
(boleh juga tambah serbuk koko jika mahu variasi rasa)
Bahan untuk sos cicah:
- 125 gram cream cheese
- 100 gram whipping cream UHT
- 1 sudu besar gula icing
- Biskut oreo (dihancurkan jadi serbuk / crumble)
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula, sangai tepung pulut sehingga sedikit kering dan wangi. Ini akan digunakan untuk salut mochi nanti. Jika suka, boleh campurkan sedikit serbuk koko untuk variasi rasa.
- Untuk sos cicah, putar cream cheese bersama whipping cream UHT dan gula icing sehingga sebati dan lembut. Simpan dalam peti sejuk sementara.
- Hancurkan biskut Oreo hingga menjadi serbuk kasar atau crumble.
- Untuk adunan mochi, satukan tepung pulut, gula, minyak masak dan susu. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
- Kukus adunan selama kira-kira 25 minit sehingga masak dan menjadi tekstur pekat.
- Selepas dikukus, masukkan 1 sudu besar butter ke dalam adunan panas. Biarkan sedikit suam.
- Uli adunan hingga menjadi elastik. Pakai sarung tangan plastik supaya tidak melekat.
- Bentukkan mochi kecil mengikut saiz yang diingini, kemudian salutkan dengan tepung pulut yang telah disangai tadi.
- Siap untuk dihidangkan. Nikmati mochi bites bersama sos cream cheese dan taburan oreo crumble.
Sumber: Ismie Qaseh
Baca juga: Cara Buat Dubai Chewy Cookie ‘Viral’, Tekstur Kenyal Di Luar & Rangup Di Dalam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














