resepi minyak bawang putih

Begitu banyak hidangan sampingan yang mudah untuk dibuat di rumah. Samalah seperti resepi Minyak Bawang Putih ini, siap boleh tahan lama sampai 3 minggu.

Minyak Bawang Putih adalah salah satu bahan masakan yang mempunyai rasa tersendiri serta seringkali digunakan sebagai pelengkap masakan untuk menambah rasa dan aroma.

Bukan setakat digunakan untuk masak saja, malah Minyak Bawang Putih juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk pelbagai masalah kesihatan.

Nak cari kat luar mungkin susah, jadi anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Minyak Bawang Putih yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Minyak Tumpah Atas Karpet, Guna Satu Bahan Saja Sudah Cukup

RESEPI MINYAK BAWANG PUTIH

resepi minyak bawang putih

Bahan-bahan:

  • 2 labu bawang putih
  • Rempah 4 sekawan
  • Minyak masak
  • Sedikit halia (dihiris)
  • Garam halus

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bersihkan bawang putih dan potong dua supaya senang nak kisar nanti.

2. Selepas itu, kisar bawang putih sehingga lumat (saya kisar guna blender tarik, mudah, cepat dan kisaran bawangnya jadi cantik sekata).

3. Kemudian, panaskan minyak masak dalan kuali dengan menggunakan suhu api sederhana besar.

4. Masukkan rempah 4 sekawan, sedikit hirisan halia dan kisaran bawang putih tadi, tapi pastikan sentiasa kacau agar bawang tak cepat hangus,

5. Seterusnya, kacau sehingga bawang menjadi keperangan.

6. Padamkan api dan masukkan secubit garam halus untuk sedikit rasa. Siap untuk digunakan!

resepi minyak bawang putih

Resepi Minyak Bawang Putih ini sangat mudah dibuat di rumah dan anda boleh gunakannya untuk makan bersama hidangan mi sup atau diletakkan atas masakan sayuran seperti sawi masak sos tiram.

Jika rasa tak sedap badan dan demam, anda boleh cuba buat bubur dengan campuran Minyak Bawang Putih dan letakkan sedikit lobak merah supaya bertambah kelazatannya.

Paling menarik sekali, anda boleh menyimpan Minyak Bawang Putih ini di dalam bekas selama tiga minggu pada suhu bilik. Jadi, tak simpan dalam peti sejuk pun tak mengapa.

Selamat mencuba!

Sumber: Zurina Zulkefli

Baca juga: Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN