bubur nasi

Musim hujan yang kian melanda membuatkan ibu-ibu sibuk memikirkan santapan enak dimakan panas-panas buat seisi keluarga. Paling sedap kalau dapat makan Bubur Nasi Tomyam!

Walaupun bubur nasi dikatakan hanya untuk orang sakit atau berpantang, tetapi sekarang ramai yang menjadikannya sebagai hidangan utama.

Ada pelbagai variasi yang dijumpai. Tapi anda akan terkejut apabila mencuba resipi yang dikongsikan oleh Mat Gebu di blognya.

Baca juga: Cara Masak Bubur Nasi Dengan Cepat & Cantik Kejadiannya, Ikut Tips Ini

RESIPI BUBUR NASI TOMYAM

bubur nasi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1/4 bahagian ayam
  • 2 camca besar pes tomyam “LIFE”
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 6 biji cili padi (dititik)
  • 2 liter air
  • 1 biji tomato (dibelah 8)
  • 1/2 biji red capsicum (dihiris kasar)
  • 8 keping cendawan black fungus (dihiris)
  • 2 cawan potongan bunga kobis
  • 2 biji limau nipis (perah jusnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan daun ketumbar (hiasan)
  • Bawang goreng (hiasan)

Cara-cara:

1. Rebus beras dengan air bersama serai yang dititik, daun pandan yang  disimpul dan garam secukup rasa sehingga ia menjadi bubur. Kemudian potong ayam dalam bentuk kecil-kecil, cuci dan toskan.

2. Tuang air dalam periuk lain dan masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.

3. Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi. Kacau dan masak hingga ayam empuk. Masukkan cendawan, bunga kobis, red capsicum dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap.

4. Masukkan tomato dan jus limau nipis, kacau dan rasa jika kurang masin, tambah garam secukupnya. Biar mendidih sekejap dan matikan api.

5. Ceduk bubur tadi secukupnya dalam mangkuk sesuai dan tuang kuah tomyam bersama isi-isinya sekali. Tabur hirisan daun ketumbar dan juga bawang goreng sebelum dihidangkan. Siap!

bubur nasi

Betapa nikmatnya makan Bubur Nasi Tomyam ini bersama keluarga di rumah pada musim hujan. Panas-panasnya itu memang layan. Selamat mencuba!

Sumber: Mat Gebu

Baca juga: Cara Buat Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah, Resipi Guna 2 Cawan Beras

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN