mihun goreng

Resepi mihun goreng kosong ini memang sedap dan mudah dibuat! Sesuai untuk anak-anak atau sesiapa yang tak makan sayur.

Warna mihun juga sangat cantik dan menarik, ada sentuhan merah dari cili dan kuning dari telur, menjadikannya lebih menarik untuk dimakan.

Kalau ingat zaman sekolah dulu, kantin selalu ada jual mihun goreng kosong ini. Setiap suapan pasti akan mengimbau nostalgia zaman persekolahan.

Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

RESEPI MIHUN GORENG KOSONG

Bahan-bahan:

  • 200g bihun (mihun), direndam hingga lembut
  • 4 biji telur
  • Cili padi
  • Cili besar merah
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sedikit ikan bilis
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah:

1. Kisarkan cili padi, cili besar merah, bawang putih, bawang merah, dan ikan bilis hingga halus. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum.

3. Setelah bahan tumis masak, masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata dengan bahan tumis.

4. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau hingga semua bahan tercampur rata.

5. Tambahkan lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.

6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

mihun goreng

Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN