resepi mi hailam

Kalau teringin nak makan mi hailam tapi malas keluar, jom cuba resepi mi hailam yang ringkas  tapi sangat menyelerakan ini.

Bahan-bahannya mudah dan tak banyak, tapi hasilnya tetap sedap dengan kuah yang pekat, berperisa dan cukup rasa.

Resipi ini juga sesuai untuk yang nak jimat duit, sekali masak boleh dapat satu kuali! Rasanya pun tak kalah dengan yang dijual di kedai.

Baca juga: Resipi Mi Bandung Daging Paling Ringkas Nak Buat, Masak Sekejap Tapi Padu Hasilnya

RESEPI MI HAILAM MUDAH DAN SEDAP

resepi mi hailam

Bahan-bahan:

  • Mee kuning secukupnya
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Sedikit sayur sawi, kobis atau lobak merah
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Kicap manis dan kicap masin secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa
  • Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan air, kemudian tambah semua sos dan kicap. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  3. Bila kuah mula mendidih, masukkan sayur yang keras seperti lobak merah.
  4. Biarkan mendidih lagi, kemudian masukkan mee dan isi ayam.
  5. Masak hingga mee lembut dan ayam masak sempurna. Kalau kuah tak cukup gelap, tambah sedikit lagi kicap.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur lembut seperti sawi dan kobis. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  7. Siap! Boleh terus dihidangkan panas-panas.

Sumber: Wawa Syalwawa

Baca juga: Resipi Mi Goreng Guna Bahan Apa Ada Di Rumah, Rasa Tetap Wow & Mengancam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN