resepi mi bandung

Kalau tengah teringin nak makan mi berkuah yang pekat, pedas manis dan penuh rasa, resepi mi bandung daging ini memang kena cuba. Dengan bahan ringkas dan cara masak yang mudah, hasilnya tetap padu macam makan di restoran.

Resepi mi bandung ini juga istimewa sebab kuahnya pekat, ada rasa manis daging dan seimbang dengan kepedasan cili. Ditambah pula dengan fish ball, fish cake, sawi, tomato dan telur, memang lengkap jadi satu hidangan penuh yang mengenyangkan.

Anda boleh guna daging batang pinang yang cepat empuk atau kalau guna daging biasa, tapi kena rebus dulu dan gunakan air rebusan sebagai kuah supaya lagi bertambah sedap.

Baca juga: Resipi Mi Kuah Simple Paling Senang, Puas Hati Buat Sendiri Dapat Satu Kuali!

RESEPI MI BANDUNG DAGING

resepi mi bandung

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 150g daging (hiris nipis)
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 kiub perencah/pati daging
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Fish ball secukupnya
  • Fish cake secukupnya (dihiris)
  • Sayur sawi
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Mee kuning (dicelur sekejap)
  • 1 biji telur

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang serta bawang merah hiris hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan biarkan tumisan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan gula perang, perencah makanan, garam, sos tiram dan sos cili. Kacau rata hingga kuah sebati dan naik bau.
  5. Masukkan fish ball, fish cake, sawi dan tomato.
  6. Seterusnya, masukkan mee kuning dan pecahkan telur. Tutup sekejap periuk supaya telur masak sedikit.
  7. Bila kuah dah pekat dan semua bahan sebati, bolehlah dihidangkan panas-panas.

Nota tambahan:

  • Kalau guna daging biasa, sebaiknya rebus dulu daging tu sampai lembut. Air rebusan boleh digunakan sebagai kuah supaya lebih manis dan berperisa.
  • Kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus lama-lama sebab teksturnya memang lembut.

Sumber: Noor Faida

Baca juga: Resipi Mi Goreng Guna Bahan Apa Ada Di Rumah, Rasa Tetap Wow & Mengancam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN