resepi mee goreng simple

Resepi mee goreng simple ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak masak sesuatu yang cepat dan mudah. Hanya guna bahan-bahan asas yang memang biasa ada di dapur.

Kalau tiba-tiba ada tetamu datang tanpa dijangka pun tak jadi masalah. Mi goreng ini hanya perlu campak-campak terus siap, tapi rasa tetap padu. Jom cuba masak!

Baca juga: Cara Buat Kuetiau Goreng Basah, Masak Sendiri Lagi ‘Kick’ Dari Kedai!

RESEPI MEE GORENG SIMPLE

resepi mee goreng simple

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu besar cili kisar (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Kicap secukupnya (hingga warna kuah menjadi gelap)
  • Lauk seafood (udang, isi kerang dan lain-lain)
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus mi kuning (400 gram)
  • Sawi (dihiris)
  • Tomato (dibelah)
  • Cili besar (dihiris serong)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika suka lebih pedas, boleh tambah lagi cili kisar.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Tambahkan kicap secukupnya sehingga warna kuah menjadi gelap.
  6. Masukkan lauk seafood yang tersedia seperti udang, sotong atau isi kerang.
  7. Jika suka mi goreng yang berkuah atau sedikit basah, tambahkan air secukupnya. Biarkan kuah menggelegak.
  8. Masukkan mi kuning (yang telah dibasuh 5–6 kali hingga warnanya), bersama sayur sawi, tomato dan cili besar.
  9. Gaul rata hingga semua bahan sebati dan mi masak sempurna.
  10. Resipi ini tak perlu letak gula dan garam kerana sudah cukup rasa dengan sos-sos tadi.
  11. Sedia untuk dihidangkan dan selamat menjamu selera!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Rahsia Goreng Bihun Agar Lembut Elok & Tak Hancur, Guna Jenama Apa Pun Tak Kisah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN