resepi mee rebus mudah

Musim hujan yang kian melanda di Malaysia membuatkan ramai teringin makan hidangan berkuah. Nak masak paling ringkas, mestilah resepi Mee Rebus mudah jadi pilihan.

Mee Rebus ialah sejenis hidangan mi berkuah popular di Malaysia. Ia menggunakan mee kuning yang dicelur, kemudian disiram dengan kuah pekat dan sedikit manis berperisa.

Resepi Mee Rebus mudah yang dikongsikan oleh Faizah Sharip ini antara yang paling senang nak ikut. Bahan pun ringkas, tapi hasilnya tetap padu. Jom tengok resipinya!

Baca juga: Mee Celup Kelantan, Rahsia Kuah Padu & Aroma Rempah Buat Orang Rindu Balik Kampung!

RESEPI MEE REBUS MUDAH

resepi mee rebus mudah

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (dicincang)
  • Lada hitam (tumbuk kasar)
  • Lada sulah
  • Minyak untuk menumis
  • 2 kiub ayam
  • Sedikit gula
  • Garam jika perlu
  • Mee kuning (dicelur siap-siap)
  • Daging
  • Air rebusan daging
  • Ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Fishball
  • Fishcake
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Lada merah dan lada hijau (hiris)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara masak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia yang telah dicincang.
  2. Apabila naik bau, masukkan air rebusan daging.
  3. Setelah mendidih, masukkan ayam dan daging.
  4. Apabila ayam sudah masak, masukkan mee kuning yang sudah dicelur, udang, sotong, fishball, fishcake dan kiub ayam.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran, kemudian perasakan dengan lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
  6. Apabila semuanya sudah cukup masak, tutup api dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.

Tips penting:

  • Mee kuning perlu dicelur dulu supaya tak serap kuah nanti.
  • Daging wajib direbus hingga empuk dan air rebusan itu digunakan semula sebagai kuah untuk rasa lebih padu.

Selamat mencuba!

Sumber: Faizah Sharip

Baca juga: Mee Suah Chinese Style Paling Sedap, Kuah Wangi Buat Ramai Tak Berhenti Hirup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN