mee celup kelantan

Orang di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia pasti pernah dengar tentang Mee Celup Kelantan. Jika rindu, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang lengkap ini.

Mee Celup Kelantan mempunyai rasa yang unik bersama kuah yang pekat dan aroma rempah yang semerbak. Silap-silap, hirup satu mangkuk pun rasa tak cukup.

Nur Halida telah kongsikan resipi Mee Celup Kelantan dengan langkah demi langkah di Facebook dan kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!

RESIPI MEE CELUP KELANTAN

mee celup kelantan

Bahan-bahan:

  • Mee, kue tiau, bihun atau nasi air
  • Isi ayam
  • Bawang goreng
  • Kangkung
  • Kubis
  • Taugeh
  • Limau nipis atau kasturi
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Serbuk lada putih

Bahan-bahan kuah:

  • 2 labu bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar (potong 6)
  • 1 ekor ayam (potong 2)
  • Rempah ratus
  • Kulit kayu manis
  • Sup bunjut
  • Halia
  • Lengkuas
  • Separuh air
  • 1 senduk kicap manis
  • Garam
  • Kiub ayam atau ajinomoto
  • Akar daun sup dan daun ketumbar

Bahan-bahan lain:

Bahan-bahan air sambal (kisar semua):

  • 1 genggam cili padi
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 biji bawang putih
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 biji bawang merah
  • ½ cawan cuka
  • ½ cawan air

Bahan-bahan lada jeruk:

  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil gula
  • 10 tangkai cili besar merah atau hijau (dipotong)
  • ½ cawan cuka
  • ½ cawan air

mee celup kelantan

Cara-cara memasak kuah:

1. Mula-mula, tumis bawang putih (tumbuk kasar) dalam kuali sampai kekuningan.

2. Masukkan bawang besar dan tumis sampai layu.

3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan bersama rempah ratus, kulit kayu manis, sup bunjut, halia, lengkuas, air separuh dan bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk.

4. Masak sampai menggelegak.

5. Masukkan air secukupnya dan masak sampai mendidih lagi.

6. Masukkan kicap manis, garam, kiub ayam atau ajinomoto. Jika nak lagi hitam, tambah kicap manis. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dan carik-carik isinya.

*Nak kuah lagi kaw, letak akar daun sup dan daun ketumbar.
*Satu petua nak masakan jadi sedap, kupas bawang putih kulit jangan buang semua kerana aroma kulit itu buat masakan lebih terangkat.

Setelah siap, anda boleh sajikan bersama kue tiau, bihun, mee atau nasi air. Kemudian, perah limau nipis atau kasturi untuk menambahkan kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Halida

Baca juga: Resepi Mee Tarik Homemade, Buat Sendiri Tapi Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN