resepi mee bandung

Peminat masakan Johor wajib cuba resepi mee bandung yang lazat dan menyelerakan ini.

Kuah mi bandung ini perlu pekat, barulah sedap! Kalau kuah cair, tak cukup umphh bila dimakan.

Ada rahsia nak jadikan kuah lebih berlemak dan sedap, iaitu dengan memasukkan biskut marie yang dihancurkan.

Kalau nak tahu resipi lengkap, ikut saja pekongsian oleh Suzana Othman di bawah.

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

RESEPI MEE BANDUNG

Bahan-bahan pes:

  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 senduk udang kering
  • 1 senduk udang geragau
  • ½ mangkuk kacang tanah
  • 12 keping biskut Marie
  • 12 sudu besar gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk menyediakan mi bandung:

  • 1 peket mee kuning
  • 1 mangkuk daging yang telah direbus | hiris nipis
  • 1 liter air rebusan daging
  • 12 ekor udang
  • 3 keping tauhu
  • 3 biji telur
  • 2 pokok sawi | potong
  • 1 biji lobak merah | hiris memanjang
  • Garam
  • Serbuk pati ayam

Bahan hiasan:

  • Limau kasturi | belah 2 
  • Cili hidup merah & hijau | hiris 
  • Daun bawang | hiris
  • Bawang goreng

Bahan kisar kering:

  • Kacang tanah
  • Biskut marie

Bahan kisar basah:

  • A – Bawang besar, bawang putih, udang kering dan udang geragau
  • B – Cili kering

Cara-cara:

1. Mula-mula, sangai kacang tanah tanpa minyak dalam kuali. Kita bakar guna air fryer suhu 160°C selama 10 minit. Kacau-kacau sesekali supaya masak sekata.

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng tauhu hingga masak, angkat dan ketepikan. Bila dah sejuk, hiris nipis untuk dijadikan hiasan.

3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bahan kisar A hingga garing.

4. Masukkan bahan kisar B. Bila cili kering dah garing, masukkan 12 sudu besar gula. Tak perlu letak garam.

5. Masukkan kacang tanah dan juga biskut Marie. Biskut Marie digunakan sebagai ejen memekatkan kuah dan menjadikan kuah lebih lemak dan sedap.

6. Gaul hingga semua bahan cukup garing. Tutup api.

7. Simpan sebahagian pes mee bandung ke dalam balang kaca kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.

8. Pes boleh digunakan berulangkali dan tahan hingga 2 minggu. Bila-bila nak masak mee bandung, pes dah tersedia.

resepi mee bandung

9. Tinggalkan anggaran 4 senduk pes di dalam kuali. Masukkan air rebusan daging.

resepi mee bandung

10. Apabila air menggelegak, masukkan daging, udang dan sayuran. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.

11. Perlahankan api, masukkan telur sebutir demi sebutir. Jangan kacau hingga telur masak. Tutup api.

12. Celurkan mee kuning, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.

13. Kemudian tuang kuah mee bandung yang dah siap ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan.

resepi mee bandung

Kredit resipi dan gambar: Suzana Othman

Baca juga: 1 Kuah Untuk 2 Masakan, Ini Dia Resipi Kuetiau Ladna & Kuetiau Hong Kong

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN