mee ayam indonesia

Mee ayam Indonesia adalah salah satu menu yang wajib dicuba jika anda melancong ke sana.

Menu ini merupakan masakan cina yang biasa dijumpai di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Ianya juga lebih kurang sama saja seperti mi wantan atau mi kicap.

Jika ada yang teringin nak rasa, jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Mi Bandung Sedap & Berlemak, Rahsianya Kena Letak 1 Bahan Ini

RESEPI MEE AYAM INDONESIA

Bahan-bahan kuah:

  • 2 helai daun bay
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai dititik*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 2 paha isi ayam potong kecil
  • 2 1/2 senduk kicap abc
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk kicap cair

Cara-cara buat kuah:

1. Tumis daun bay, daun limau dan serai. Sambil itu, kisar bahan bertanda (*).

 

2. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.

3. Kacau dan biarkan masak selama 10 minit.

4. Kemudian, masukkan ayam.

5. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap abc, sos tiram dan kicap air. Masak sehingga agak kering.

mee ayam indonesia

Bahan-bahan sambal:

  • 10-15 cabai melaka merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara buat sambal:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas.

Bahan-bahan minyak bawang putih:

  • Bawang putih 1 labu – dicincang

Cara-cara buat minyak bawang putih:

1. Goreng bawang putih yang sudah dicincang sehingga menjadi kekuningan.

Bahan-bahan lain:

  • Rangka/tulang ayam + kiub ayam seketul (direbus selama 1 jam)
  • Mee/maggi – dicelur
  • Sawi – dicelur
  • Hirisan daun bawang

Selamat mencuba!

mee ayam indonesia

Kredit: Maya Miera

Baca juga: Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN