Categories: Resipi

Cara Buat Kuih Lengat Pisang Kukus, Kuih Tradisional Lama Yang Jarang Orang Tahu

Kuih lengat pisang mungkin tidak begitu dikenali, malah ada yang belum pernah melihat apatah lagi merasa kuih ini. Maklumlah, kuih tradisional seperti ini semakin jarang dihidangkan pada hari ini.

Sayang sekali, kerana kuih ini sebenarnya sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba. Gabungan rasa manis dan lemak yang seimbang, kuih lengat pisang memang sesuai dijadikan hidangan minum petang.

Oleh itu, jika anda teringin nak rasa atau nak cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Sunita Sabtu di bawah ini.

Baca juga: Rahsia Buat Pisang Goreng Rangup & Banyak Serdak, Rupanya Kena Letak ‘Ais’ Dalam Bancuhan!

RESEPI LENGAT PISANG KUKUS

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pisang emas (boleh ganti pisang lain yang disukai)
  • ¾ cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • Gula tambahan untuk ditabur di dasar loyang

Cara Penyediaan:

  1. Kacau semua bahan kecuali pisang hingga sebati.
  2. Sapu sedikit minyak pada loyang supaya tidak melekat. Taburkan gula di dasar loyang.
  3. Susun pisang yang telah dibuang kulit secara melintang atau menegak, mengikut citarasa.
  4. Tuang adunan santan ke atas pisang sehingga rata.
  5. Kukus selama lebih kurang 25–30 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Sumber: Sunita Sabtu

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Bakar, Hanya Guna 2 Biji Pisang Dah Dapat 1 Loyang Besar!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

1 day ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

1 day ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

1 day ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

1 day ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

1 day ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

1 day ago