Categories: Resipi

Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api Paling Padu, Hirup Kuahnya Terus Terangkat Selera!

Jika anda penggemar masakan kampung, kami cadangkan anda cuba resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api yang cukup popular di Negeri Sembilan dan Pahang.

Gabungan rasa pedas dari cili api, lemak dari santan dan masam unik dari tempoyak menjadikan lauk ini sangat menyelerakan, terutama apabila dimakan dengan nasi panas-panas.

Resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api ini dikongsikan oleh Nana Ismail di Facebook yang telah membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

RESIPI UDANG MASAK LEMAK TEMPOYAK CILI API

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang segar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 tangkai cili masak
  • Cili hijau atau cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • ½ cawan santan (boleh lebihkan jika nak kuah lebih pekat)
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun kunyit (dihiris kasar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar kasar bawang kecil, bawang putih, cili masak dan cili hijau atau api. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air.

2. Masukkan juga serai yang telah diketuk, asam keping dan serbuk kunyit. Biarkan campuran ini mendidih atas api sederhana.

3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang bersama gula, garam, tempoyak dan santan. Kacau rata dan pastikan udang masak sepenuhnya.

4. Setelah udang masak dan kuah hampir pekat, masukkan hirisan daun kunyit. Biarkan ia reneh seketika hingga naik bau dan kuah menjadi pekat berlemak.

Setelah siap, anda boleh terus sajikan Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api bersama nasi putih panas. Nak lebih sedap, makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ismail

Baca juga: Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!

Aimi

Recent Posts

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

10 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

10 hours ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

16 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

16 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

16 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

16 hours ago