
Kuih lengat pisang mungkin tidak begitu dikenali, malah ada yang belum pernah melihat apatah lagi merasa kuih ini. Maklumlah, kuih tradisional seperti ini semakin jarang dihidangkan pada hari ini.
Sayang sekali, kerana kuih ini sebenarnya sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba. Gabungan rasa manis dan lemak yang seimbang, kuih lengat pisang memang sesuai dijadikan hidangan minum petang.
Oleh itu, jika anda teringin nak rasa atau nak cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Sunita Sabtu di bawah ini.
Baca juga: Rahsia Buat Pisang Goreng Rangup & Banyak Serdak, Rupanya Kena Letak ‘Ais’ Dalam Bancuhan!
RESEPI LENGAT PISANG KUKUS

Bahan-bahan:
- 1 ikat pisang emas (boleh ganti pisang lain yang disukai)
- ¾ cawan santan
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- 5 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar gula
- Gula tambahan untuk ditabur di dasar loyang
Cara Penyediaan:
- Kacau semua bahan kecuali pisang hingga sebati.
- Sapu sedikit minyak pada loyang supaya tidak melekat. Taburkan gula di dasar loyang.
- Susun pisang yang telah dibuang kulit secara melintang atau menegak, mengikut citarasa.
- Tuang adunan santan ke atas pisang sehingga rata.
- Kukus selama lebih kurang 25–30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
Sumber: Sunita Sabtu
Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Bakar, Hanya Guna 2 Biji Pisang Dah Dapat 1 Loyang Besar!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














