resepi tepung goreng pisang

Kalau anda sedang cari resepi tepung goreng pisang yang rangup, garing dan penuh serdak, inilah resipi yang patut anda cuba! Guna bahan-bahan ringkas saja, tapi hasilnya memang puas hati!

Ramai suka pisang goreng, tapi tak semua tahu cara bancuhan tepung yang ‘menjadi’. Ada yang terlalu lembik, ada pula yang tepung cepat lembik bila sejuk. Dengan resipi ini, bukan saja rangup, malah tekstur tepung dia ringan dan bersalut cantik.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP & BANYAK SERDAK

resepi tepung goreng pisang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu besar air kapur
  • 1 sudu kecil gula (atau secukup rasa)
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit
  • Beberapa ketul ais
  • Air secukupnya
  • Pisang (jenis pilihan, contohnya pisang nangka atau pisang raja)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk: tepung beras, tepung jagung, kuning telur, air kapur, gula, garam dan serbuk kunyit.
  2. Tambahkan beberapa ketul ais dan sedikit air. Kacau adunan hingga sebati.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, cukup pekat untuk salut pisang dengan elok.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng hingga kekuningan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
  7. Siap untuk dihidangkan! Makan panas-panas, confirm bunyi krup krap!

Sumber: Wani Suhaimi

Baca juga: Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Secukup Manis & Terasa Lembut Bila Gigit

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN