Categories: Resipi

Resepi Lengat Pisang Dengan Boba, Makan Sejuk-Sejuk Memang Lain Macam Sedapnya!

Lengat pisang antara pencuci mulut tradisi yang tak lapuk dek zaman. Walaupun resepi lengat pisang sangat ringkas, rasa lemak manis dari pisang dan santan cukup buat ramai teringat-ingat.

Jika dulu lengat pisang selalu dihidangkan begitu saja, sekarang ramai yang kreatif tambah pelbagai idea baru supaya lebih menarik. Selain dimakan sejuk-sejuk, ada juga yang letak topping moden.

Salah satunya ialah resepi lengat pisang dengan boba yang dikongsikan oleh Scha Ara di Facebook ini. Sekali buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga. Jom kita cuba!

Baca juga: Bancuhan Tepung Goreng Pisang Tak Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

RESEPI LENGAT PISANG DENGAN BOBA

Bahan-bahan:

  • 6 hingga 7 biji pisang (potong 3 setiap satu)
  • Santan kotak 200 ml (saiz kecil)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • ½ cawan gula
  • Secubit garam
  • Boba (untuk tabur selepas siap)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, susun potongan pisang dalam acuan pilihan.

2. Bancuhkan tepung beras, tepung gandum, air, santan, gula dan garam, kemudian kacau rata.

3. Kemudian, masakkan adunan atas api perlahan dan kacau sampai likat.

4. Selepas itu, tuangkan adunan ke atas pisang yang telah disusun.

5. Seterusnya, kukus lebih kurang 10 minit sampai masak.

6. Apabila siap, biarkan sejuk sekejap dan taburkan boba sebelum hidang. Siap untuk dinikmati!

Nak cuba sesuatu yang ringkas tapi lain daripada biasa, bolehlah buat resepi lengat pisang dengan boba ini di rumah. Hasilnya, rasa lemak manis pisang dan santan berpadu dengan boba yang kenyal-kenyal.

Selamat mencuba!

Sumber: Scha Ara

Baca juga: Lengat Pisang Kukus Paling Wangi & Lembut, Macam Kuih Nenek Buat Dulu-Dulu!

Aimi

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

1 day ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

1 day ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

1 day ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

1 day ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

1 day ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

1 day ago