Categories: ArtikelInfomasiResepi

Jadikan Hari Raya Ini Lebih Istimewa Dengan Juadah Enak Dari Planta!

MyResipi

myResipi

KATEGORI

POSTED ON

2020-11-25

Planta jenama pilihan para ibu semenjak tahun 1930-an!

Di Malaysia ni, sebut je marjerin, dalam kepala dah terbayang Planta. Bukan hanya biskut raya, malah Planta juga sentiasa membantu para ibu untuk menghasilkan sarapan bernutrisi serta bertenaga tinggi untuk bekalan harian anak-anak, sekaligus menjadikan hidangan seperti kek, masakan tengah hari serta juadah Hari Raya enak dinikmati oleh seisi keluarga.

Yang paling penting, Planta juga diperkaya dengan 9 vitamin penting iaitu Vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin serta merupakan alternatif baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dengan tidak mengambil minyak berlebihan kerana ia kurang lemak dan garam.

Selain menjadikan aroma masakan lebih harum, rasa masin Planta juga sudah cukup untuk membuatkan makanan yang dimasak lengkap dengan perasa. Tak perlu dah nak tambah pelbagai perasa tambahan yang lain!

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ni, jom kami kongsikan antara resepi biskut raya yang semestinya enak dengan menggunakan Planta!

Polka Dot Strawberi Swiss Roll

Kredit: Scrumdiddlyumptious

Bahan-bahan:
Bater
– 70 gram tepung serba guna
– 18 gram susu tepung
– 60 gram gula kastor
– 3 biji telur bersaiz besar
– ovalette 12 gram
– 60 ml Planta (dicairkan)
– 1 sudu teh ekstrak vanila
– Pewarna gel
Inti & topping
– 200ml whipping cream
– 30 gram gula aising
– Strawberi

Cara-cara penyediaan:
1. Buat inti whipped cream dengan pukul whipping cream dan gula aising sehingga putih dan gebu. Biarkan seketika di dalam peti sejuk.
2. Untuk membuat adunan kek, satukan tepung serba guna, susu tepung, gula kastor, telur, ovalette dan ekstrak vanila. Pukul dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga adunan sebati.
3. Masukkan perlahan-lahan Planta yang telah dicairkan sambil pukul adunan dengan kelajuan rendah.
4. Pisahkan adunan menjadi 3 mangkuk. Campurkan 2 dari 3 adunan dengan warna yang diinginkan. Kemudian, masukkan adunan ke dalam piping bag.
5. Sediakan loyang 8 X 11 dengan baking paper. Pipe kan adunan mengikut bentuk daun dan strawberi
6. Isi dulang dengan adunan yang tidak berwarna.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 minit sehingga permukaan kek bertukar menjadi perang keemasan.
8. Keluarkan kek dari oven. Letakkan baking paper di permukaan kek, lalu terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata.
9. Ratakan lapisan whipped cream ke atas kek. Tambahkan strawberi dan whipped cream.
10. Gulungkan kek perlahan-lahan dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum potong.
11. Hidangkan dengan topping whipped cream dan strawberi.

Rainbow German Cookies

Kredit: Nyonya Cooking

Bahan-bahan:
130 gram Planta
60 gram gula aising
80 gram tepung serba guna
100 gram tepung kentang/potato starch
1 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan oven hingga suhu 160º C. Satukan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Putar adunan sehingga sebati dan warnanya menjadi sedikit pucat.
2. Tuangkan tepung yang telah diayak dan tepung kentang ke dalam mangkuk dan teruskan mengadun adunan dengan spatula silikon sehingga doh menjadi lembut.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama. Warnakan doh dengan warna yang diingini. Sejukkan doh selama 10 minit.
4. Bentuk doh menjadi bebola (8 gram). Letakkannya di atas dulang yang dilapisi dengan baking paper. Tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper menggunakan garpu.
5. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. Sejukkan biskut mengikut suhu bilik dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Raya bersama keluarga, Raya bersama Planta!

Jadi, sempena musim perayaan ni, jom jadikan Planta sebagai pilihan utama dalam menyediakan juadah isitimewa raya untuk dinikmati seisi keluarga.

Oh ya, untuk pelbagai lagi resepi biskut, kek serta juadah raya yang lazat dan menarik, jangan lupa lawati laman Facebook Planta.

Nurul

Recent Posts

DIY Air Rebusan Pink Untuk Kempis Perut, Automatik Hilang Buncit!

Ada beberapa cara kempiskan perut tanpa bersenam yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah dengan…

1 day ago

Buat Sendiri Sup Bunjut Uncang, Nak Pakai Tinggal Letak Dalam Sup Je

Rupanya kita boleh buat sendiri sup bunjut di rumah. Tak perlu pergi beli ke kedai…

1 day ago

Kenali Jenis Daun Bawang, Mesti Ramai Yang Tak Tahu

Mari kita kenali jenis daun bawang yang ada di dunia ini. Umum mengetahui bahawa daun…

1 day ago

Cara Buat Sos Black Pepper Padu, Resipi Dari Tauke Kedai ‘Western’ Sendiri!

Seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Muzaiba Hassan berkongsikan satu resepi sos black pepper yang…

1 day ago

“Ingatkan Singki” – Chef Dedah Rutin Masak, Buat Netizen Terpegun

Pernahkah anda terfikir tentang cara chef hotel memasak? Chef dedah rutin masak di lama TikTok…

2 days ago

Gulai Ikan Masin Tumis Darat, Boleh Buat Menambah Nasi!

Gulai ikan masin tumis darat yang sangat mengiurkan ini akan membuatkan anda bertambah-tambah nasi. Lauk yang…

2 days ago