Bagi mereka yang merupakan ‘hantu laksa’, pasti semua jenis laksa sudah dicuba. Namun, pernahkah anda mencuba laksa tomyam?
Laksa ini sedikit berbeza dari laksa biasa kerana tidak menggunakan ikan. Boleh dikatakan menu jimat juga sebab modal yang diperlukan tidak mahal.
Kalau ada yang tanya-tanya apakah rasa laksa tomyam ini, mari kita cuba memasaknya di rumah menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu
RESEPI LAKSA TOMYAM YANG BOLEH TAHAN SEDAP!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 pek sosej
- 3 sudu makan pes tomyam
- 2 sudu makan pes cili
- 3 batang serai (ketuk)
- Cili api (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai)
- 5-6 helai daun limau purut
- Santan secukupnya
- Kiub tomyam
Cara memasak:
1. Tumis serai, daun limau purut dan cili api. Kacau sekejap dan masukkan pula pes tomyam dan pes cili. Kacau sebati dan masukkan sedikit air.
2. Kemudian, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih manja.
3. Apabila dah mendidih, masukkan sosej dan kacau perlahan. Didihkan lagi seketika.
4. Sedia untuk dimakan dengan laksa yang sudah direbus. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Shila VS Airin
Baca juga: Resipi Laksa Kuah Lemak Putih Kelantan, Jom Cuba Masak Kalau Teringin Nak Makan