Categories: Resipi

Resipi Sira Labu Bersalut Cantik Dengan Gula, Rahsianya Jangan Letak ‘Bahan Ini’

Labu sira merupakan kuih tradisional yang cukup popular suatu ketika dahulu, terutamanya di Pantai Timur. Teksturnya yang lembut di dalam serta bersalut cantik dengan gula menjadikan labu sira antara kuih nostalgia yang masih dicari hingga kini.

Untuk menghasilkan labu sira yang cantik bersalut dan tidak berair, ada satu rahsia penting yang ramai terlepas pandang. Dengan teknik yang betul dan tanpa menambah air, labu akan mengeluarkan airnya sendiri dan gula akan melekat sempurna pada permukaan labu.

Baca juga: Resipi Lepat Labu Yang Lemak Manis & Aroma Daun Pisang Memikat, Lembut Teramat!

CARA BUAT LABU SIRA

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu (dipotong sederhana)
  • 2 ketul kecil gula melaka (di Kelantan dikenali sebagai nise)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kapur makan (untuk merendam labu)

Cara-cara memasak:

  1. Rendam labu yang telah dipotong bersama sedikit kapur makan selama 1–2 jam, bergantung pada ketebalan labu.
  2. Bilas labu dengan air bersih beberapa kali untuk menghilangkan kesan kapur, kemudian toskan.
  3. Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  4. Tutup periuk dan masak labu tanpa menambah air kerana labu akan mengeluarkan airnya sendiri.
  5. Masak menggunakan api perlahan sehingga labu empuk dan bersalut cantik dengan air gula.
  6. Setelah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Li Ly

Baca juga: Resipi Sekaya Labu, Kuih Tradisional Yang Lemak Manis Dan Lembut Wangi!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago