Categories: Artikel

“Nasi Baru Masak Dah Berulat, Berbau Busuk” – Peniaga Dakwa Kena Sihir Kerana Kedai Terlalu Laris

Persaingan dalam perniagaan adalah satu lumrah, namun ia bertukar menjadi toksik apabila wujudnya perasaan hasad dengki. Akibatnya, ada pihak yang tergamak menggunakan cara kotor untuk menutup rezeki sesama peniaga, seperti yang dialami oleh seorang pengusaha Nasi Lemak Daging Salai baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial, peniaga tersebut mendedahkan mengapa gerainya sering ditutup secara tiba-tiba walaupun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan.

Baca juga: Sate Malaysia ‘Mendunia’ Di China, 1,500 Cucuk Licin Dalam Masa Tak Sampai 1 Jam!

Rezeki Melimpah Ruah Jadi Punca Hasad Dengki

Menurut peniaga tersebut, gerainya yang dikenali dengan menu istimewa Nasi Lemak Daging Salai itu sering dikunjungi ramai. Namun, di sebalik kelancaran perniagaan tersebut, ada ‘mata’ yang tidak senang melihat kejayaan mereka.

Peniaga tersebut mendakwa telah lama menjadi sasaran gangguan mistik atau ‘sihir’ daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kenapa kejap-kejap cuti? Padahal laku sangat kan? Sebab lakulah kami terus ditimpa dugaan. Sebenarnya dah lama kena, tapi malas nak bersuara. Makin diam, makin menjadi-jadi pula,” tulisnya dalam video berkenaan.

Nasi Berwarna Hijau, Berbau Menyengat & Berulat

Apa yang lebih mengejutkan adalah gangguan tersebut berlaku secara nyata dan fizikal sehingga menjejaskan kualiti makanan yang dijual.

Peniaga itu berkongsi bahawa nasi yang baru dimasak dan masih panas tiba-tiba bertukar warna menjadi kehijauan sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bekas simpanan.

Tidak cukup dengan itu, nasi itu turut mengeluarkan bau busuk yang sangat menyengat. Keadaan menjadi lebih pelik apabila sambal yang dimasak pada jam 1 pagi ditemui sudah berkulat sepenuhnya menjelang waktu perniagaan bermula.

Lagi mengejutkan, peniaga tersebut menemui ulat-ulat kecil yang muncul secara tiba-tiba di atas meja jualan serta pada daging yang baru sahaja siap disalai.

Peniaga kecil ini meluahkan rasa terkilan kerana diganggu sedemikian rupa sedangkan mereka hanyalah mencari rezeki yang halal. Beliau turut menitipkan pesanan buat individu yang melakukan perbuatan syirik tersebut agar mengingati balasan Tuhan.

“Awak berjaya dah sebenarnya buat kami sakit. Tapi awak lupa, kuasa Allah lagi besar. Semua ini pun awak kena ingat sebab Allah yang izinkan (sebagai ujian). Kalau bukan rezeki awak, tetap awak rugi.”

Rata-rata warga maya turut bersimpati dengan nasib peniaga tersebut dan mendoakan agar urusan mereka dipermudah serta dilindungi daripada segala gangguan jahat.

Diharapkan kejadian seperti ini menjadi iktibar buat semua. Berniagalah dengan sihat dan jujur, kerana rezeki yang berkat itu lebih utama daripada menjatuhkan orang lain.

Sumber: TikTok @nasilemakdagingsalai

Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago