
Labu sira merupakan kuih tradisional yang cukup popular suatu ketika dahulu, terutamanya di Pantai Timur. Teksturnya yang lembut di dalam serta bersalut cantik dengan gula menjadikan labu sira antara kuih nostalgia yang masih dicari hingga kini.
Untuk menghasilkan labu sira yang cantik bersalut dan tidak berair, ada satu rahsia penting yang ramai terlepas pandang. Dengan teknik yang betul dan tanpa menambah air, labu akan mengeluarkan airnya sendiri dan gula akan melekat sempurna pada permukaan labu.
Baca juga: Resipi Lepat Labu Yang Lemak Manis & Aroma Daun Pisang Memikat, Lembut Teramat!
CARA BUAT LABU SIRA

Bahan-bahan:
- 1/2 biji labu (dipotong sederhana)
- 2 ketul kecil gula melaka (di Kelantan dikenali sebagai nise)
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 helai daun pandan
- Sedikit kapur makan (untuk merendam labu)
Cara-cara memasak:
- Rendam labu yang telah dipotong bersama sedikit kapur makan selama 1–2 jam, bergantung pada ketebalan labu.
- Bilas labu dengan air bersih beberapa kali untuk menghilangkan kesan kapur, kemudian toskan.
- Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
- Tutup periuk dan masak labu tanpa menambah air kerana labu akan mengeluarkan airnya sendiri.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga labu empuk dan bersalut cantik dengan air gula.
- Setelah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Li Ly
Baca juga: Resipi Sekaya Labu, Kuih Tradisional Yang Lemak Manis Dan Lembut Wangi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













