resepi sekaya labu

Kalau anda suka pencuci mulut tradisional yang lemak manis dan wangi daun pandan, memang wajib cuba resepi sekaya labu ini.

Resipi ini hanya guna bahan yang mudah, cara buat pun sangat ringkas. Hasilnya lembut, wangi dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Yang paling menarik, cara buat sekaya labu ini tak perlu guna oven. Cuma perlu guna pengukus. Sesuai sangat kalau nak makan waktu minum petang!

Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!

RESEPI SEKAYA LABU

resepi sekaya labu

Bahan-bahan:

  • 2 ketul nisan (gula melaka)
  • ½ cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 5 biji telur
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Labu kuning (dibuang kulit dan dipotong sederhana)

Cara-cara:

  1. Masak nisan bersama ½ cawan air dan daun pandan hingga larut. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kacau perlahan (jangan sampai berbuih).
  3. Masukkan santan dan air gula melaka tadi. Kacau sebati.
  4. Susun potongan labu dalam bekas tahan panas.
  5. Tuang campuran telur dan santan ke atas labu.
  6. Kukus selama 30–40 minit hingga masak sempurna.
  7. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Tip: Kalau tak suka terlalu manis, boleh kurangkan sedikit gula melaka atau nisan mengikut citarasa sendiri.

Sumber: Noraini Safien

Baca juga: Resipi Onde-Onde Labu Yang Lemak Manis, Cara Mudah Confirm Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN