Kalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.
Sebiji labu air
Tepung beras
Serbuk kari daging/ikan
Serbuk lada hitam
Garam
Air
Minyak masak untuk menggoreng
Kredit: Azilah Daud
Potong labu mengikut cita rasa masing-masing.
Cuci bersih labu itu dan toskan.
Satukan tepung beras, serbuk kari, lada hitam dan garam dalam satu mangkuk besar. Tambah air dan bancuh seperti adunan untuk menggoreng pisang. Ikut kesesuaian masing-masing, sama ada nak pekat atau pon cair bancuhannya.
Masukkan labu yang telah dibasuh tadi dan gaul rata.
Goreng dengan api sederhana. Kalau tak nak labu melekat antara satu sama lain, masukkan satu persatu. Goreng sehingga keperang-perangan atau labu dah nampak keras dan ranggup.
Boleh dimakan bersama air asam.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…