Kalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LABU GORENG RANGUP

Kalau ada lebihan labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa, korang boleh cuba buat labu celup tepung. Resepi kali ini agak unik dan jarang orang buat, tetapi labu goreng rangup sangat sedap untuk dimakan boleh jugak dijadikan snek minum petang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azilah Daud di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Sebiji labu air

  • Tepung beras

  • Serbuk kari daging/ikan

  • Serbuk lada hitam

  • Garam

  • Air

  • Minyak masak untuk menggoreng

Kredit: Azilah Daud

CARA PENYEDIAAN
  • Potong labu mengikut cita rasa masing-masing.

  • Cuci bersih labu itu dan toskan.

  • Satukan tepung beras, serbuk kari, lada hitam dan garam dalam satu mangkuk besar. Tambah air dan bancuh seperti adunan untuk menggoreng pisang. Ikut kesesuaian masing-masing, sama ada nak pekat atau pon cair bancuhannya.

  • Masukkan labu yang telah dibasuh tadi dan gaul rata.

  • Goreng dengan api sederhana. Kalau tak nak labu melekat antara satu sama lain, masukkan satu persatu. Goreng sehingga keperang-perangan atau labu dah nampak keras dan ranggup.

  • Boleh dimakan bersama air asam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.